Tuesday, December 21, 2010

Doa Sebelum Tidur

Tidur merupakan rehat bagi jasad ,emosi dan mental tapi roh tetap aktiv tanpa kita mengetahuinya. Bagi orang orang beriman tidur merupakan satu kematian kerana berapa ramai tidak bangkit semula dipagi hari  dan kembali ke alam barzakh tanpa meninggalkan apa apa pesanan , tidak sempat bertaubat ,tidak solat isyak ...mungkin kerana penyakit jantung,gigitan binatang berbisa ,kebakaran atau kemalangan . Sebab itu sebelum tidur muhasabah lah diri tentang dosa dosa kita,amalan kita, dan memohon keampunan ,perlindungan dari bahaya ,gangguan jin .iblis dan syetan.

1 Baca lah surah Al Mulk , mohon Allah melindungi kita dari seksaan kubur dan Ad Dukhan memohon keampunannya menjelang malam .
2 Sebelum terlelapnya mata ......ucap dua kalimah syahadah
  Istighfar  dan  Selawat kepada Nabi saw dan ..
- baca bismillah 21x
-Fatihah,al Ikhas,Al Falaq,An nas masing masing 1 kali dan ayatul kursyi sekurang kurang 3 kali
3 Doa tidur



    

Friday, October 1, 2010

Beramal dengan Ayatul Kursyi Wakaf 9

Ayat kursyi wakaf 9 bermakna setiap bacaan berhenti
pada setiap wakaf .


                                          




















Berita mengenai kecurian,ragut,rogol setiap masa dipaparkan didalam media masa,seolah olah tiada lagi tempat yang selamat dan aman dalam negara kita ini . Apa bila kita mendengar peristiwa buruk itu berlaku ke atas kenalan atau keluarga kita ,hanya takziah atau simpati sahaja yang boleh kita berikan.Mangsa akan menghadapi trauma yang sukar dilupakan akibat kejadian tersebut. Kita jangan rasa sedap hati kerana peristiwa tersebut tidak berlaku kepada kita atau keluarga kita kerana sejauh mana kita ikhtiarkan semuanya ketentuan Allah. Mungkin semua ini berlaku kerana bala atau ujian ..atau mungkin kerana kita kurang berhubungan dengan Allah. 

KEHEBATAN AYAT KURSI.

Ayat kursi terdapat dalam alquran di dalam surah Baqarah ayat 255,turunkan setelah hijrah.Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Dari Anas bin Malik RA berkata,Rasullulah SAW bersabda: " Apabila seseorang dari umatku membaca ayat kursi 12 kali,kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh ,nescaya Allah akan menjaganya daripada kejahatan syaitan dan darjahnya sama dengan orang yang membaca seluruh al quran sebanyak 3 kali,dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia" 

Apabila memohon perlindungan dengan Allah ia termasuklah perlindungan rumah kediaman /premis dan diri sendiri kita sendiri . Memohon perlindungan bermakna ,kita memohon Allah melindungi kita dari niat jahat manusia , bala malapetaka dan dari gangguan jin,iblis dan syetan. Berikut adalah panduan yang boleh di amal dengan menggunakan ayat Kursi .

A Perlindungan Kediaman (Pagar rumah).

a Bermula bacaan ini di satu penjuru rumah (dalam atau luar) di sebelah kanan.
b Niat lah " Ya Allah dengan kehendakMU, selamatlah kediaman ini,harta ku,keluargaku dari gangguan jins ,iblis, syetan dan niat jahat manusia,lindungi kami dari segala bala dan musibah dan sejahtera lah hidup kami" 
c Baca "Bismillaahirrahmaanirrahiem"
d Istighafar 3 kali
e Selawat kepada Nabi
f Baca Al Fatihah
g Mula lah baca ayatul kursyi wakaf 9 ,seperti tanda wakaf dalam alquran Rasmi Uthmani)
mula membaca ayat kursi dari satu penjuru rumah sebelah kanan ,dan bergerak atau berjalan jalan ke sebelah kiri mengikut arah "tawaf kaabah"ia itu anti clockwise. Bacaannya harus bersambung (tidak putus putus)dan berakhir dipenjuru yang kita mula tadi.
e Apabila selesai tutup lah dengan selawat. 

Waktu yang sesuai : satu kali sebelah petang sebelum matahari terbenam dan 
Satu kali sebelah pagi selepas subuh sebelum matahari naik

B Perlindungan Diri Sendiri.
Selepas baca ayat kursi tiup di sekeliling diri sendiri mengikut pergerakan tawaf kaabah dengan niat melindungi diri.

Waktu yang sesuai : sebelum melangkah keluar dari rumah atau sebelum tidur